IKHLASlink Secure Takaful Rider
ni salah satu solution je.. Tanak amik pon tak berdosa besar..
Nak dapatkan solution, mesti tengok masalah dulu.. Apa masalahnya sampai kena amik IKHLASlink Secure Takaful Rider?
Jom cekidaut..
1) Hutang
🔺Hutang ada? Ok ada.. Senaraikan
🔺Sape yang akan bayarkan hutang kalau kita jiun? Mak, ayah, anak, isteri, suami? Owh.. Sendiri bayar..
2) Bekerja
🔺Sekarang bekerja? Sorang je keje atau pasangan keje sekali?
🔺Kalau saje2 amik cuti tanpa gaji 6 bulan sebab nak pegi tabligh, ada backup savings tak? Ok ada..
🔺Kalau TERPAKSA cuti tanpa gaji 6 bulan sebab kena stroke, ada backup savings? Berapa lama boleh tahan?
3) Faedah kampeni
🔺Apa benefit yg kampeni bagi? Ok, medical card ada
🔺Kalau tak boleh keje sebab sakit, berapa bulan kampeni akan bayar gaji? Berapa lama kampeni akan simpan sebagai pekerja? 6 bulan? 1 tahun?
🔺Kalau jiun, kampeni akan tanggung family kita bape bulan? Ke setakat buat kutipan derma kilat je?
4) Ada anak masih kecik
🔺Umur anak paling kecik berapa tahun? Contoh 3 tahun. Berapa tahun lagi dia nak masuk U? Berapa tahun lagi nak tanggung budak tu sampai dia boleh ada income sendiri?
🔺Kalau semalam kita "takde", lagi 15 tahun dia nak masuk U tu, dah ada backup savings tak?
5) Ada mak ayah yang semakin tua
🔺Sekarang bagi duit kat mak ayah berapa ratus sebulan? Contoh RM500
🔺Kalau tanpa RM500 yg kita bagi tu, belanja bulanan mak ayah terjejas tak? Duit ubat dorang cukup tak? Ada adik beradik lain boleh sapot tak?
Cukuplah 5 masalah dulu yg akak senaraikan. Kalau daripada 5 masalah ni, satu pun takde kena mengena dengan uols, sila perhambat hejen2 takaful yg asyik dok memekak promot IKHLASlink Secure Takaful Rider tak abes2..
Tapi, kalau ada terkena batang idung sendiri salah satu drpd masalah ni, silalah kontek mana2 hejen yg korang selesa. Soh dorang explain sampai muntah hijau. Kalau tak amik pon takpe, at least dah ada knowledge sikit..
Sikitlah akak bagi tips ye. Kalau umur uols dalam lingkungan 25-40, utk "penyelesai masalah" sebanyak RM250,000, kena contribute RM100 je sebulan. Kalau simpan sendiri RM100 sebulan tu, 2500 bulan (~210 tahun), baru cukup terkumpul RM250,000 okeh.. Tak komah?
Daaa....
Clik link ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan