Khamis, 4 Mei 2017

Harta HARAM ???





Assalamualaikumwbt...

Ada rakan2 yang tanya, dia dah ambil lama dah insurans hayat konvensional dan bukannya takaful, boleh tak dia nak hibahkan pampasan kematian tu kepada isteri dia?

Harap jawapan di bawah boleh bagi pencerahan..

TIDAK BOLEH dihibahkan.

Pampasan kematian insurans konvensional dikira sebagai harta TIDAK patuh syariah. Hanya boleh ambil sebanyak mana yang arwah dah bayar saja semasa dia hidup.

Contoh:-
Pampasan kematian sebanyak RM360k. Caruman bulanan RM150 ringgit. Baru 5 tahun bayar, ajal tiba.

Setahun RM150x12bulan=RM1,800.
Maka 5 tahun x RM1,800=RM9,000 ringgit dah dicarum.

Hanya RM9,000 ringgit sahaja boleh digunakan dan itu pon perlu difaraidkan. Bukannya hibah..

Baki pampasan RM360k - RM9k = RM351k macam mana pulak?

RM351k haruslah dilupuskan dengan cara serahkan pada baitulmal atau pon kepada golongan fakir miskin atas niat derma.

Kalau isteri dan anak2 dalam golongan fakir miskin macamana pulak?

Boleh ambil pampasan sekadar yang perlu atas pertimbangan pihak berkuasa atau pon jawatankuasa kariah kawasan.

Mohon sedikit sebanyak membantu.

Yang lemah dari saya,
Yang power dari Allah.

0178844007 Ber-TAKAFUL-lah

#TAKAFULIKHLASBHD #IKHLASlinkSecureTakafulRider


Jom like page Kak Sam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan