Ini adalah contoh proposal takaful untuk seorang usahawan yang berusia 35 tahun, yang berpendapatan RM5,000 sebulan.
Hanya perlu peruntukkan 10% daripada gajinya untuk plan komprehensif
1) Income Protection, dan
2) Medical Card.
Dengan RM500 sebulan, sehingga usia 100 tahun, beliau akan memerolehi manfaat sebagaimana berikut:
1) Manfaat kematian dan lumpuh RM600,000
2) Manfaat penyakit kritikal RM300,00
3) Manfaat elaun harian hospital RM200 sehari
4) Manfaat medical card RM1,000,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan, dengan bilik wad RM200 sehari
5) Manfaat pengecualian caruman
Rasional di sebalik cadangan.
1) Manfaat kematian dan lumpuh RM600,000
Ini ialah INCOME PROTECTION untuk prospek sekiranya berlaku kematian dan lumpuh.
Kenapa RM600,000? Ini ialah refleksi daripada pendaptan beliau RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun.
Maknanya, jika berlaku kematian atau lumpuh ke atas pesakit, jumlah pampasan RM600,000 tadi boleh menggantikan pendapatan beliau yang hilang selama 10 tahun.
Atau, jumlah wang RM600,000 tadi boleh diletakkan di instrumen pelaburan yang boleh berikan pulangan pelaburan dengan ROI 10% setahun - maka setiap tahun peserta tadi akan memperolehi RM60,000 setiap tahun.
Atau, beliau boleh campurkan dengan aset sedia ada beliau yang berjumlah RM150,000 apabila dicairkan utk diletakkan di instrumen pelaburan yang boleh berikan pelaburan 8% setahun. Daripada jumlah tersebut RM750,000 maka setiap tahun peserta tadi akan memperolehi RM60,000 setiap tahun.
2) Manfaat penyakit kritikal RM300,00
Ini juga adalah untuk INCOME PROTECTION, sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal.
Jumlah RM300,000 ini bersamaan dengan 5 tahun pendapatan beliau.
Dan selalunya orang yang ditimpa penyakit kritikal, jangka hayat sekitar 3 ke 5 tahun.
Jika boleh survive selepas 5 tahun, pesakit akan boleh kembali bekerja seperti biasa.
3) Manfaat elaun harian hospital RM200 sehari
Ini juga adalah untuk INCOME REPLACEMENT.
Sebagai seorang usahawan, jika beliau dimasukkan ke hospital maka pendapatannya pun akan terjejas.
Jadi dengan manfaat RM200 ini boleh menggantikan pendapatan beliau.
Kenapa RM200?
Ia berdasarkan pendapatannya RM5000 sebulan, jadi dibahagi dengan 25 hari bekerja sebulan, sama dengan RM200.
(5000 bahagi 25 = 200).
4) Manfaat medical card RM1,000,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan, dengan bilik wad RM200 sehari
Mengapa perlukan medical card tanpa annual limit?
Sebab kos hospital setiap tahun akan meningkat. Bayangkan, kos kanser yang kritikal boleh mencecah RM300,000!
Jadi dengan adanya pan medical card tanpa annual limit ini sangat membantu beliau menghadapi kos inflasi yang akan datang.
Manakala had kelayakan bilik be/iau RM200 sehari akan meningkat secara automatik sekiranya tiada kemasukan ke hospital, 10% setiap 3 tahun hingga maksima 50% dalam masa 15 tahun.
5) Manfaat pengecualian caruman
Sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal, carumah RM500 beiau akan dikecualikan.
Ini adalah manfaat bonus. Sebab, tanpa manfaat ini, manfaat INCOME PROTECTION sudah cukup utk menampung kos caruman tersebut.
NOTA KAKI:
1) Untuk melanggan takaful, peruntukan 10% sudah memadai utk cover INCOME PROTECTION dan MEDICAL CARD. Paling-paling tinggi pun 15%, itupun jika umur sudah lanjut melebihi 40-45 tahun.
2) Huraian lanjut tentang INCOME PROTECTION boleh diperolehi dari rahsiatakaful.com/v1/income-protection-plan-takaful/
3) Panduan tentang medical card di http://rahsiatakaful.com/v1/panduan-memilih-medical-card-terbaik/
4) Mengapa perlunya medical card tanpa annual limit? PM/ WhatsApp 017-8844007:Samsuriah Ahmad.
5) Ini hanyalah sampel proposal selepas saya membuat analisa kewangan beliau, dan bukan quotation yang diminta dgn permintaan "Pn Su, boleh bagi quotatiaon takaful tak? Bajet saya RM500 dan gaji saya RM5,000.
6) Tolong jangan minta quotation selepas membaca tulisan ini. Kenapa? PM /WhatsApp 017-8844007: Samsuriah Ahmad.
7) Merujuk kepada sampel di atas, caruman RM500 ini ada kebarangkalian untuk meningkat pada masa akan datang, bergantung kepada nilai tunai polisi.
8) Para perunding kami dilatih sebagai seorang konsultan kewangan untuk memberi khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan sebenar pelanggan.
9) Dalam konteks takaful dalam perancangan kewangan, keutamaan ialah kepada berapa banyak manfaat dan protection yang bakal pelanggan terima sekiranya ditimpa musibah, bukan berapa "berapa saving takaful kalau berhenti atau kalau tak berlaku apa-apa".
10) Jemput SHARE status ini jika bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan