Isnin, 30 November 2015

General Takaful bukan Motor.





BUKAN MOTOR

IKHLAS Motorist PA

Produk ini akan membayar pampasan kepada Peserta untuk Kecederaan Badan samaada hilang upaya kekal atau kematian akibat kemalangan ketika memandu atau sebagai penumpang di dalam kenderaan yang diisytiharkan di dalam Borang Cadangan semasa mendapatkan Perlindungan Motorist PA Takaful.

 

IKHLAS P.A Permata

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi hilang keupayaan kekal mahupun kematian yang berpunca dari kemalangan.

IKHLAS Kembara Takaful

Perlindungan Ikhlas Kembara Takaful menawarkan pampas an diatas kerugian yang dialami bilamana perjalanan anda terbatal atau terganggu disebabkan oleh mana mana musibah yang tertera didalam Sijil ini.
Manfaat yang ditawarkan adalah komprehensif merangkumi manfaat Kematian dan Keilatan Kekal akibat kemalangan, perlindungan ini juga tidak terbatas kepada manfaat yang tertera di bawah:-
  • Pembatalan Perjalanan
  • Penghantaran Ubatan
  • Tempoh perjalanan dipendekkan
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Bagasi dan Barangan peribadi
  • Perubatan Kecemasan
  • Kehilangan Dokumen Perjalanan
  • Rawatan Susulan
  • Kelewatan Bagasi dan Kegagalan untuk Berlepas
  • Kos tambahan untuk Pulang Sewa Kereta
  • Terlepas sambungan
  • Elaun Hospital
  • Perjalanan
  • Perbelanjaan Pengkebumian
  • Penjagaan Ehsan
  • Penjagaan Kanak-kanak
  • Perjalanan Terlebih tempahan
  • Liabiliti Persendirian
  • Rampasan
  • Duit saku/ Peribadi

IKHLAS Fire Takaful

Produk ini menyediakan perlindungan bagi harta Peserta Takaful terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.
*Selain daripada IKHLAS Fire Takaful, anda juga boleh membeli produk Fire yang lain seperti di bawah:
a) IKHLAS Fire Residential Takaful

 

IKHLAS Houseowner/Householder Takaful

Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan dan kandungan di dalamnya dan melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful ini.

IKHLAS Personal Accident Takaful

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat Kemalangan yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain mengakibatkan anda mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani rawatan perubatan dan/atau pembedahan atau berlakunya kematian. Pampasan ini akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah.
* Selain daripada IKHLAS Personal Accident Takaful, anda juga boleh membeli produk PA yang lain seperti di bawah:
• IKHLAS Kembara PA Takaful;
• IKHLAS Perdana PA Takaful; dan
• IKHLAS Motorist PA Takaful

 

IKHLAS Foreign Worker Compensation Scheme Takaful

Skim Hospital dan Pembedahan Takaful yang diperbaharui setiap tahun yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan majikan kepada pekerja asing sekiranya berlaku Kemasukan ke Hospital bagi pekerja asing yang dimasukkan ke Hospital Bukan Korporat Malaysia akibat kemalangan atau penyakit.
Mereka yang layak untuk dilindungi di bwah sijil Takaful ini adalah Pekerja asing sekarang dan masa depan yang bekerja sepenuh masa dengan Peserta Takaful, dari umur lapan belas (18) hingga lima puluh Sembilan (59) tahun, yang bekerja secara aktif di tempat kerja mereka yang biasa pada tarikh orang yang layak untuk menyertai sijil Takaful ini.

IKHLAS Engineering Takaful

Produk ini menyediakan perlindungan untuk musibah yang berkaitan dengan kejuruteraan seperti kerosakkan mekanikal, penyusutan stok dan kerja-kerja kontrak untuk kontraktor. 
Produk ini melindungi peril berikut:
• Kebakaran, kilat, letupan, kesan kepada kenderaan
• Kesan kapal terbang, peranti udaraGempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami
• Ribut
• Banjir, kesan ombak, air
• Penenggelaman, tanah runtuh, gelinciran
• Runtuhan ais
• Vandalisme

Hubungi H/P :0178844007 untuk keterangan lanjut


Jumaat, 20 November 2015

Kenapa Perlu Menyimpan Dengan Takaful?

Kenapa Perlu Menyimpan Dengan Takaful?

Kalau kita tanya adakah perlindungan itu penting, 100% akan mengatakan bahawa perlindungan itu memang penting! Tetapi bila kita tanya bilakah anda mahu menyertai takaful, pelbagai jawapan yang saya terima antaranya mereka menjawab "beri saya masa untuk berfikir dahulu...". Oleh itu...berfikirlah selagi anda mempunyai masa untuk berfikir.


Kalaulah semua orang merasakan bahawa perlindungan itu sesuatu yang 'wajib' maka sudah tentu akan tiada lagi wakil-wakil takaful atau agen insuran kerana orang ramai dengan sendirinya berduyun-duyun akan datang ke syarikat takaful atau insuran untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Tetapi sayang sekali, keadaanya bukan begitu. Apa sahaja pilihan anda...itu adalah hak mutlak anda! dan tiada siapa yang boleh memaksa anda. Tugas kami sebagai wakil takaful hanyalah menceritakan tentang kebaikan perlindungan takaful kepada anda, pasangan anda dan anak-anak anda.



Anda Perlu Menyimpan Dengan Takaful Untuk :-

  1. Melindungi Pendapatan Diri Dan Keluarga
  2. Menyimpan Secara Tetap
  3. Mencipta Aset Segera
  4. Dana Perubatan
  5. Melindungi Harta
  6. Instrumen Kewangan Terbaik Dunia
  7. Merealisasikan Impian


Insya ALLAH jumpa lagi siri yang akan datang bagi mengupas tajuk diatas dan huraian kepentingan Takaful.. Siri 2.

Mencari Yang Halalan Toyyibbah di tuntut.
Hubungi Samsuriah Ahmad ctc no:0178844007.

Rabu, 18 November 2015

Tip RM | Plan Takaful

Ini adalah contoh proposal takaful untuk seorang usahawan yang berusia 35 tahun, yang berpendapatan RM5,000 sebulan.

Hanya perlu peruntukkan 10% daripada gajinya untuk plan komprehensif
1) Income Protection, dan
2) Medical Card.

Dengan RM500 sebulan, sehingga usia 100 tahun, beliau akan memerolehi manfaat sebagaimana berikut:

1) Manfaat kematian dan lumpuh RM600,000
2) Manfaat penyakit kritikal RM300,00
3) Manfaat elaun harian hospital RM200 sehari
4) Manfaat medical card RM1,000,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan, dengan bilik wad RM200 sehari
5) Manfaat pengecualian caruman

Rasional di sebalik cadangan.

1) Manfaat kematian dan lumpuh RM600,000

Ini ialah INCOME PROTECTION untuk prospek sekiranya berlaku kematian dan lumpuh.

Kenapa RM600,000? Ini ialah refleksi daripada pendaptan beliau RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun.

Maknanya, jika berlaku kematian atau lumpuh ke atas pesakit, jumlah pampasan RM600,000 tadi boleh menggantikan pendapatan beliau yang hilang selama 10 tahun.

Atau, jumlah wang RM600,000 tadi boleh diletakkan di instrumen pelaburan yang boleh berikan pulangan pelaburan dengan ROI 10% setahun - maka setiap tahun peserta tadi akan memperolehi RM60,000 setiap tahun.

Atau, beliau boleh campurkan dengan aset sedia ada beliau yang berjumlah RM150,000 apabila dicairkan utk diletakkan di instrumen pelaburan yang boleh berikan pelaburan 8% setahun. Daripada jumlah tersebut RM750,000 maka setiap tahun peserta tadi akan memperolehi RM60,000 setiap tahun.

2) Manfaat penyakit kritikal RM300,00

Ini juga adalah untuk INCOME PROTECTION, sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal.

Jumlah RM300,000 ini bersamaan dengan 5 tahun pendapatan beliau.

Dan selalunya orang yang ditimpa penyakit kritikal, jangka hayat sekitar 3 ke 5 tahun.

Jika boleh survive selepas 5 tahun, pesakit akan boleh kembali bekerja seperti biasa.

3) Manfaat elaun harian hospital RM200 sehari

Ini juga adalah untuk INCOME REPLACEMENT.

Sebagai seorang usahawan, jika beliau dimasukkan ke hospital maka pendapatannya pun akan terjejas.

Jadi dengan manfaat RM200 ini boleh menggantikan pendapatan beliau.

Kenapa RM200?

Ia berdasarkan pendapatannya RM5000 sebulan, jadi dibahagi dengan 25 hari bekerja sebulan, sama dengan RM200.

(5000 bahagi 25 = 200).

4) Manfaat medical card RM1,000,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan, dengan bilik wad RM200 sehari

Mengapa perlukan medical card tanpa annual limit?

Sebab kos hospital setiap tahun akan meningkat. Bayangkan, kos kanser yang kritikal boleh mencecah RM300,000!

Jadi dengan adanya pan medical card tanpa annual limit ini sangat membantu beliau menghadapi kos inflasi yang akan datang.

Manakala had kelayakan bilik be/iau RM200 sehari akan meningkat secara automatik sekiranya tiada kemasukan ke hospital, 10% setiap 3 tahun hingga maksima 50% dalam masa 15 tahun.

5) Manfaat pengecualian caruman

Sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal, carumah RM500 beiau akan dikecualikan.

Ini adalah manfaat bonus. Sebab, tanpa manfaat ini, manfaat INCOME PROTECTION sudah cukup utk menampung kos caruman tersebut.

NOTA KAKI:
1) Untuk melanggan takaful, peruntukan 10% sudah memadai utk cover INCOME PROTECTION dan MEDICAL CARD. Paling-paling tinggi pun 15%, itupun jika umur sudah lanjut melebihi 40-45 tahun.

2) Huraian lanjut tentang INCOME PROTECTION boleh diperolehi dari rahsiatakaful.com/v1/income-protection-plan-takaful/

3) Panduan tentang medical card di http://rahsiatakaful.com/v1/panduan-memilih-medical-card-terbaik/

4) Mengapa perlunya medical card tanpa annual limit?  PM/ WhatsApp 017-8844007:Samsuriah Ahmad.

5) Ini hanyalah sampel proposal selepas saya membuat analisa kewangan beliau, dan bukan quotation yang diminta dgn permintaan "Pn Su, boleh bagi quotatiaon takaful tak? Bajet saya RM500 dan gaji saya RM5,000.

6) Tolong jangan minta quotation selepas membaca tulisan ini. Kenapa? PM /WhatsApp 017-8844007: Samsuriah Ahmad.

7) Merujuk kepada sampel di atas, caruman RM500 ini ada kebarangkalian untuk meningkat pada masa akan datang, bergantung kepada nilai tunai polisi.

8) Para perunding kami dilatih sebagai seorang konsultan kewangan untuk memberi khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan sebenar pelanggan.

9) Dalam konteks takaful dalam perancangan kewangan, keutamaan ialah kepada berapa banyak manfaat dan protection yang bakal pelanggan terima sekiranya ditimpa musibah, bukan berapa "berapa saving takaful kalau berhenti atau kalau tak berlaku apa-apa".

10) Jemput SHARE status ini jika bermanfaat.



Sabtu, 11 April 2015


Kad Perubatan Takaful


Kad Perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless.Anda juga boleh menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa perlu kad perubatan?
Mengapa Kad Perubatan Takaful??? Adakah penting untuk anda ? Ramai Yang masih tertanya – tanya tentang keperluan perlindungan takaful untuk diri sendiri dan keluarga, ramai juga yang masih tertunggu-tunggu menanti masa yang sesuai untuk daftar untuk diri sendiri dan keluarga. Antara Soalan Soalan famous yang bermain di fikiran orang ramai:


SIMPANAN SAYA SUDAH MENCUKUPI
Apakah sebab anda membuat simpanan? Untuk Persaraan ?Untuk mengerjakan Haji? Untuk Melancong? Bagaimana sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia? Adakah isteri dan anak-anak anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau lebih malang lagi terpaksa membayar hutang ?tanpa perlindugan diri dan keluarga, wang simpanan amda pasti terjejas .Kekayaan akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda.

Tetapi dengan takaful pula,akan menglindungi asset dan wang simpanan anda.Segala kos rawatan hospital akan di tanggung. Takaful juga akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.

TAKAFUL MAHAL
Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan seseorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda mendapat wang simpanan anda.

SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL
Adakah benar?Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh,statement anda ada kebenarannya. Sekurang-kurangnya pada masa ini.Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan takaful apabila anda tidak memerlukannya,kerana apabila anda memerlukannya kemungkinan anda sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan .Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda.Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, Kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi menlindungi keluarga andadaripada masalah kewangan apabila ketiadaan/hilang upaya anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas berjumpalah dengan ajen takaful professional anda.

TUNGGU DULU MASIH ADA MASA
Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri .Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda.Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur.risiko juga akan bertambah, bermakna kos Takaful juga akan meningkat harganya.Penyertaan di usia muda adalah lebih murah . Jangan tunggu lagi. Sertailah Pelan Perlindungan diri dan keluarga sekarang.

SAYA SUDAH ADA PELAN  PELINDUNGAN  MAJIKAN
Alhamdullillah anda beruntung kerana mempunyai perlindugan dari majikan anda..tetapi ramai juga yang tiada langsung perlindugan dari majikan,kalau adapun mempunyai limit tahunan yang sedikit,tidak cukup untuk menampung kos-kos rawatan yang semakin tinggi di hospital.bagi pekerja yang mempunyai kelebihan unlimit atau tiada had limit dan juga boleh digunakan hingga selepas persaraan.mungkin kos-kos hospital dapat diselesaikan tetapi bagaimanapula dengan kos hidup isteri dan anak-anak selepas anda meninggal dunia atau sakit kritikal/hilang upaya, adakah majikan anda dapat memberi sumbangan sama seperti anda mendapat gaji bulanan, mungkin sedikit sumbangan atau kutipan dari kawan-kawan sepejabat…tetapi adakah ia cukup untuk menampung keluarga anda. di TAKAFUL kami ada.Fikir-Fikirkan


 FAKTA PERUBATAN DI MALAYSIA








ANDA MASIH BELUM TERLEWAT

Masukkan Maklumat Anda Di Bawah Untuk FREE QUOTATION


LIKE LE SIKIT


KAD PERUBATAN TAKAFUL TERBAIK


PELAN PENDIDIKAN




DAPATKAN QUOTATION

Sila emailkan samsuriah.ahmad9@gmail.com
maklumat seperti di bawah.

1. Nama
2.Tarikh Lahir
3.Perkerjaan
4. Contact Number
5.Pendapatan Tahunan
6.Location
7.Smoker atau Tidak
8.Bujang/Berkahwin
9.Jumlah Anak



Link kajiselidik


Link financial planning
: MEDICAL CARD, PANDUAN MEMILIH TAKAFUL, PRODUK TAKAFUL

Kedua-duanya adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, dengan fungsi berbeza-beza.
Medical card atau kad perubatan fungsinya adalah untuk membantu membayar kos perubatan apabila dimasukkan ke dalam hospital.

Manakala takaful penyakit kritikal pula adalah untuk memberi TUNAI apabila ditimpa musibah penyakit kritikal.


“Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta”
Kata seorang pelanggan “”Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta, jadi saya sudah tidak perlukan lagi takaful penyakit kritikal.

Saya tanyakan balik “Kalau Tuan ditimpa penyakit kritikal, berapa takaful Tuan dapat membantu?”

“RM 1.5 juta”, katanya penuh keyakinan.

“Tuan, sebenarnya RM 1.5 juta itu adalah maksima pembayaran kos rawatan hospital yang akan dibayar daripada syarikat takaful kepada hospital, bukan kepada peserta”, jelas saya.

“Maksudnya?”, dia inginkan kepastian.

“Maksudnya, RM1.5 juta adalah untuk hospital sebagai kos bayaran rawatan, bukan kepada Tuan selaku peserta”.


Takaful Sebagai Pengganti Pendapatan
“Begini situasinya, contohnya sekiranya Tuan ditimpa penyakit kritikal seperti kanser, strok dan sebagainya, kos rawatan sepanjang Tuan ditimpa penyakit itu akan dibayar oleh medical card yang Tuan ambil.

“Apabila ditimpa penyakit kritikal, adakah Tuan masih mampu bekerja?”, saya membuat sedikit huraian dan bertanya soalan.

Dia menggeleng kepala.

“Ya, sudah tentu tidak. Syarikat yang tuan bekerja sekarang sudah tentu tidak lagi menerima Tuan sebagai pekerja lagi. Jadi pada waktu itu sudah tentu Tuan tidak dapat lagi bekerja”.

“Pada waktu inilah takaful penyakit kritikal akan berfungsi untuk memberi penggantian pendapatan”.

“Jadi, di samping memiliki takaful perubatan medical card ini, Tuan perlu juga memiliki takaful penyakit kritikal, sekurang-kurangnya bersamaan dengan pendapatan Tuan setahun -3 tahun”.

Saya mengakhiri penerangan saya dan bersedia untuk soal jawab.

Beliau nampak positif.

*Gambar hiasan, dipetik dari FB https:https://www.facebook.com/pages/Perancang-Kewangan-Islam-Secara-Menyeluruh/498521166834558









Terima  kasih Sifu Afyan Mat Rawi kerana mengizinkan saya sharing dengan blog beliau.
http://rahsiatakaful.com.
AFYAN MAT RAWI.

Hubungi SAMSURIAH AHMAD 0178844007.